Nota Ringkas Reka Bentuk Fesyen Part 3
Assalamualaikum A-Juiners! Hari ni Maya sambung tajuk 'Reka Bentuk Fesyen' dengan sub topik 'Elemen Dalam Reka Bentuk Fesyen'. So, let's get started! Elemen Dalam Reka Bentuk Fesyen 1. Bentuk Struktur luar bentuk badan atau dikenali sebagai silhouette . Terdapat empat jenis bentuk asas iaitu:- Bentuk Segi Empat ( Tubular ) Ukuran pinggul dan bahu yang seimbang serta pinggang yang tidak jelas. Reka Bentuk Fesyen bagi Bentuk Badan Segi Empat Menimbulkan penegasan melintang supaya kelihatan gempal iaitu: Menambahkan penggunaan aksesori pada bahagian bahu. Menggunakan tali pinggang yang besar. Memilih baju, seluar atau skirt yang lebih longgar dan tidak sendat. Memilih skirt yang kembang atau seluar yang berkaki lebar Contoh pakaian bagi bentuk tubular. Bentuk Jam Pasir ( Hour-Glass ) Ukuran pinggul yang seimbang dengan lebar bahu dan pinggang yang ketara. Reka Bentuk Fesyen Bagi Bentuk Hour Glass Merupakan bentuk yang paling ideal dan menjadi idaman setiap wanita. M...