Nota Ringkas Reka Bentuk Fesyen
Hari ni Maya nak share knowledge tentang Reka Bentuk Fesyen. Jadi, saya percaya ada yang dah periksa ada yang belum. Macam saya, saya akan periksa naik sekolah nanti.
So, LET'S GET STARTED!
Definisi Reka Bentuk Fesyen
Definisi Reka Bentuk:
- Proses menterjemah idea dan kreativiti bagi menghasilkan sesuatu produk
Definisi Fesyen:
- Gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan menjadi popular satu-satu masa.
- Juga merujuk kepada apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perkembangan trend semasa dan terdahulu dalam bidang reka bentuk pakaian, aksesori dan kelengkapan rumah tangga.
- Mencerminkan budaya dan simbolik kepada inovasi dalam sesuatu masyarakat.
Definisi Reka Bentuk Fesyen:
- Proses atau bidang seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian atau aksesori.
- Melibatkan proses pengulangan, peniruan dan inovasi bagi menghasilkan reka bentuk fesyen yang baharu.
- Dipengaruhi oleh oleh budaya dan sosial.
- Populariti sesuatu reka bentuk fesyen berbeza mengikut umur, geografi, pekerjaan dan tempat.
Kerjaya dalam bidang reka bentuk fesyen
- Pereka Fesyen (fashion designer)
- Merupakan individu yang terlibat dalam proses mereka bentuk fesyen pakaian atau aksesori.
- Peranan : Untuk menghasilkan lakaran atau ilustrasi reka bentuk fesyen yang baharu sama ada secara manual atau bantuan program komputer seperti Reka Bentuk Berbantu Komputer.
2. Peramal Fesyen (fashion forecasting)
- Merupakan individu yang terlibat dalam membuat ramalan trend fesyen yang akan popular.
- Tugas: Membuat analisis trend fesyen dari dahulu hingga sekarang.
- Analisis yang dijalankan adalah dari segi penggunaan:-
- Jenis fabrik
- Corak
- Warna
- Tema
- Bentuk (silhouette)
- Elemen seni reka dan sebagainya
- Bertanggungjawab dalam penyediaan buku ramalan trend serta terlibat dalam pengajuran pameran pakaian dan aksesori.
3. Tenaga pengajar fesyen
- Merupakan individu yang mengajar secara langsung kemahiran menjahit serta pelbagai ilmu yng berkaitan jahitan kepada pelajar.
- Terdiri daripada:-
- Guru sekolah
- Pensyarah di kolej komuniti
- Pensyarah di universiti
- Pensyarah di institusi latihan kemahiran
- Tugas: Untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran berkaitan fesyen kepada pelajar.
4. Perunding imej (image consultant)
- Merupakan individu yang terlibat dalm memberi khidmat nashat dan perundingan kepada pelanggan.
- Biasanya bekerja di stesen televisyen, iaitu sebagai perunding imej kepada artis, wartawan atau pelakon dari segi pemilihan stail pakaian termasuk aksesori.
- Bertindak sebagai penata gaya bagi meningkatkan imej dan personaliti pelanggan.
Jenis Reka Bentuk Fesyen
Contoh Pakaian
Contoh Aksesori
Jadi, sampai sini sahaja post hari ni. Saya akan sambung dengan tajuk Reka Bentuk Fesyen in another post. Bye!
Jadi, sampai sini sahaja post hari ni. Saya akan sambung dengan tajuk Reka Bentuk Fesyen in another post. Bye!
~Maya Hanie~
Comments
Post a Comment