Nota Ringkas Reka Bentuk Fesyen Part 2
Assalamualaikum, A-juiners! Now, Maya is back! Jadi, saya nak sambung tajuk dengan sub topik 'Teknik Cantuman dan Penggunaan Alatan dalam Proses Penyediaan Reka Bentuk Fesyen'. So, let's get started!
Teknik Cantuman dan Penggunaan Alatan dalam Proses Penyediaan Reka Bentuk Fesyen
A. Teknik Cantuman
- Proses mencantum, menyambung, atau menyatukan kepingan fabrik atau bahan lain bagi menghasilkan produk reka bentuk fesyen.
i. Kaedah Jahitan
- Teknik cantuman yang biasa digunakan dalam reka bentuk pakaian
- Boleh dibuat sama ada dengan menggunakan jahitan tangan atau jahitan mesin
- Penggunaan kaeadah ini adalah lebih praktikal kerana cantuman yang dihasilkan lebih kukuh, sekata dan kemas
- Stapler dan pita selofan boleh digunakan untuk membuat cantuman mock-up reka bentuk fesyen
Jahitan tangan
Jahitan mesin
ii. Kaedah Sulaman
- Digunakan untuk tujuan hiasan bagi menyerlahkan lagi keindahan dan estetika pada reka bentuk fesyen.
- Pelbagai jenis sulaman boleh dibuat seperti sulaman manik, reben, labuci, benang dan applique.
iii. Kaedah Tampalan
- Digunakan untuk menampal susunan bahan seperti manik, reben, fabrik, dokoh, mutiara, butang dan hiasan lain pada reka bentuk fesyen.
- Boleh ditampal dengan menggunakan gam fabrik, gam panas, cecair lilin dan gam serba guna.
- Sebagi contoh, tampalan reben pada kasut serta tampalan batu dan manik hiasan pada beg.
iv. Kaedah Lain
- Selain daripada jahitan sulaman dan tampalan, stapler dan pita selofan juga digunakan untuk membuat cantuman bagi bahan seperti kertas, fabrik dan plastik.
- Bersifat sementara dan sesuai digunakan untuk menghasilkan mock-up reka bentuk fesyen.
- Benang atau tali sesuai digunakan bagi menghasilkan reka bentuk fesyen seperti gelang, rantai serta aksesori perhiasan diri yang lain.
B. Alatan
- Terbahagi kepada lima kategori iaitu:-
- Alatan mengukur
- Alatan mendraf
- Alatan memotong
- Alatan menanda
- Alatan lain
Alatan Mengukur
- Pembaris - Membuat garisan lurus, mengukur dan menanda
Alatan mendraf
- Pembaris melengkung - Membuat dan membentuk garisan melengkung dalam proses mendraf pola atau mengubah suai pola.
- Pembaris sesiku L - Membuat garisan lurus khususnya yang mempunyai sudut tepat serta memastikan ira lurus selari dengan ira serong.
Alatan Memotong
- Gunting kertas - Menggunting kertas
- Gunting fabrik - Menggunting fabrik
Alatan Menanda
- Pensel tukang jahit - Menanda, menulis dan membuat garisan penanda pada kertas atau fabrik
- Kapur penanda - Menanda garisan pemadan dan memindahkan garis tanda pola pada fabrik
- Roda surih dan kertas karbon - Digunakan bersama untuk memindahkan garis pemadan ke fabrik, memindahkan tanda dan garis dlam kerja membuat penyesuaian pola.
Roda surih
Kertas karbon
- Jarum peniti - Untuk menyemat pola pada fabrik dan menetapkan kepingan fabrik sebelum menjahit
Alatan menjahit
- Jidal - Disarungkan di jari tengah pada tangan yanag menjahit bagi mengelakkan jari tercucuk jarum.
- Jarum jahit tangan - Menjahit bahagian - bahagian tertentu dengan menggunakan tangan.
- Mesin jahit - Digunakan untuk jahitan lurus dan cantuman kepingan fabrik.
- Mesin sulaman - Digunakan untuk menjahit hiasan sulaman.
Alatan Lain
- Tweezer - Memasukkan benang ke dalam lubang jarum atau memegang batu perhiasan ketika menggunakan cecair lilin.
- Pistol perekat panas - Mencairkan rod perekat panas semasa mengglu.
- Pengokot / Stapler - Mencantum kepingan - kepingan kertas.
- Pita selofan - Mencantum atau melekat.
Jadi, sampai sini sahaja post hari ni. Saya akan sambung dengan sub topik 'Elemen Dalam Reka Bentuk Fesyen'. Bye!
~Maya Hanie~
Comments
Post a Comment