Nota Ringkas Reka Bentuk Fesyen Part 3
Assalamualaikum A-Juiners!
Hari ni Maya sambung tajuk 'Reka Bentuk Fesyen' dengan sub topik 'Elemen Dalam Reka Bentuk Fesyen'. So, let's get started!
Elemen Dalam Reka Bentuk Fesyen
1. Bentuk
- Struktur luar bentuk badan atau dikenali sebagai silhouette.
- Terdapat empat jenis bentuk asas iaitu:-
Bentuk Segi Empat (Tubular)
- Ukuran pinggul dan bahu yang seimbang serta pinggang yang tidak jelas.
- Reka Bentuk Fesyen bagi Bentuk Badan Segi Empat
- Menimbulkan penegasan melintang supaya kelihatan gempal iaitu:
- Menambahkan penggunaan aksesori pada bahagian bahu.
- Menggunakan tali pinggang yang besar.
- Memilih baju, seluar atau skirt yang lebih longgar dan tidak sendat.
- Memilih skirt yang kembang atau seluar yang berkaki lebar
Contoh pakaian bagi bentuk tubular.
Bentuk Jam Pasir (Hour-Glass)
- Ukuran pinggul yang seimbang dengan lebar bahu dan pinggang yang ketara.
- Reka Bentuk Fesyen Bagi Bentuk Hour Glass
- Merupakan bentuk yang paling ideal dan menjadi idaman setiap wanita.
- Membolehkan si pemakai memilih pelbagai stail pakaina serta fesyen mengikut kegemaran.
- Sesuai menggunakan pakaian yang diperbuat daripada fabrik lembut dan beralun.
- Boleh menggunakan pelbagai jenis warna terang dan juga warna gelap.
Contoh pakaian bagi bentuk hour glass
Bentuk Segi Tiga Terbalik (Inverted triangle)
- Ukuran bahu lebih besar daripada bahagian pinggul.
- Reka Bentuk Fesyen Bagi Bentuk Segi Tiga Terbalik
- Pilih pakaian yang mempunyai pelapik bahu yang kecil atau tanpa pelapik agar bahagian bahu kelihatan lebih luas.
- Elakkan memakai skirt atau blaus yang terlalu labuh, dan jaket bersama skirt atau seluar yang ketat di bahagian pinggul.
- Pakaian bahagian atas hendaklah berwarna cerah dan pada bahagian bawah pula berwarna gelap.
Contoh pakaian bagi bentuk segi tiga terbalik
Bentuk Segi Tiga (Triangle)
- Ukuran bahu yang kecil daripada bahagian pinggul.
- Reka Bentuk Fesyen Bagi Bentuk Segi Tiga
- Pilih skirt yang bergaris atau seluar labuh atau palazzo.
- Pakai blaus yang berkolar luas.
- Pilih corak pakaian dengan garis menegak dan fabrik yang bertekstur halus.
- Pilih warna-warna yang gelap atau neutral untuk bahagian atas badan.
- Elakkan juga pakaian yang bercorak menyerlah.
2. Garisan
- Menghasilkan kesan visual dan mesej yang berbeza-beza melalui pakaian dan aksesori yang dipakai. Contohnya, garisan memberi kesan tingi, rendah, gempal dan langsing kepada si pemakai.
Garisan lurus
- Garisan lurus terdiri daripada:
- Garisan menegak
- Garisan melintang
- Garisan menyerong
- Garisan zig zag
- Melambangkan maksud kekuatan, ketegasan tenaga, kuasa, keterbukaan dan efisien.
Garisan Melengkung
- Garisan melengkung terdiri daripada:
- Bulatan penuh
- Bulatan separa
- Garisan melengkung atau bulat melambangkan maksud ketenangan, kelembutan, fleksibiliti dan rhythm.
Garisan menegak memberi kesan panjang, tinggi
atau langsing kerana tumpuan mata bergerak
dari bawah ke atas.
Garisan mendatar memberi kesan lebar atau
gempal kerana tumpuan mata bergerak kiri
ke kanan.
Garisan menyerong boleh memberi kesan rendah atau
tinggi.
3. Warna
- Mempengaruhi saiz dan bentuk badan serta perasaan seseorang.
- Penggunaan warna perlu disesuaikan dengan reka bentuk fesyen yang akan dihasilkan.
4. Tekstur
- Rupa permukaan sesuatu benda atau rasa pada fabrik atau bahan.
- Pilihan tekstur fabrik yang sesuai dapat menghasilkan reka bentuk fesyen yang menarik, selesa dan selamat dipakai.
- Terdapat empat jenis tekstur:
- Tekstur berkilat memantulkan cahaya dan memberi efek yang lebih elegan.
- Penggunaan fabrik yang bertekstur kasar seperti denim akan membuatkan sesuatu reka bentuk kelihatan lebih lasak dan ranggi.
- Tekstur legap menyerap cahaya dan emberi kesan kecil kepada si pemakai.
- Penggunaan fabrik yang lembut seperti sutera dapat memberi penekanan kepada bentuk badan dan menampakkan ciri kelembutan dan menarik kepada si pemakai.
Jadi, sampai sini sahaja post hari ni. Saya akan sambung dengan sub topik 'Jenis Bahan Dalam Reka Bentuk Fesyen'. Bye!
~Maya Hanie~
Comments
Post a Comment