Posts

Showing posts from November, 2020

Nota Ringkas Reka Bentuk Fesyen Part 3

Image
Assalamualaikum A-Juiners! Hari ni Maya sambung tajuk 'Reka Bentuk Fesyen' dengan sub topik 'Elemen Dalam Reka Bentuk Fesyen'. So, let's get started! Elemen Dalam Reka Bentuk Fesyen 1. Bentuk Struktur luar bentuk badan atau dikenali sebagai silhouette .   Terdapat empat jenis bentuk asas iaitu:- Bentuk Segi Empat ( Tubular )  Ukuran pinggul dan bahu yang seimbang serta pinggang yang tidak jelas. Reka Bentuk Fesyen bagi Bentuk Badan Segi Empat Menimbulkan penegasan melintang supaya kelihatan gempal iaitu: Menambahkan penggunaan aksesori pada bahagian bahu. Menggunakan tali pinggang yang besar. Memilih baju, seluar atau skirt yang lebih longgar dan tidak sendat. Memilih skirt yang kembang atau seluar yang berkaki lebar Contoh pakaian bagi bentuk tubular. Bentuk Jam Pasir ( Hour-Glass ) Ukuran pinggul yang seimbang dengan lebar bahu dan pinggang yang ketara. Reka Bentuk Fesyen Bagi Bentuk Hour Glass Merupakan bentuk yang paling ideal dan menjadi idaman setiap wanita. M...

Nota Ringkas Reka Bentuk Fesyen Part 2

Image
Assalamualaikum, A-juiners! Now, Maya is back! Jadi, saya nak sambung tajuk dengan sub topik 'Teknik Cantuman dan Penggunaan Alatan dalam Proses Penyediaan Reka Bentuk Fesyen' . So, let's get started! Teknik Cantuman dan Penggunaan Alatan dalam Proses Penyediaan Reka Bentuk Fesyen   A. Teknik Cantuman Proses mencantum, menyambung, atau menyatukan kepingan fabrik atau bahan lain bagi menghasilkan produk reka bentuk fesyen. i. Kaedah Jahitan Teknik cantuman yang biasa digunakan dalam reka bentuk pakaian Boleh dibuat sama ada dengan menggunakan jahitan tangan atau jahitan mesin Penggunaan kaeadah ini adalah lebih praktikal kerana cantuman yang dihasilkan lebih kukuh, sekata dan kemas Stapler dan pita selofan boleh digunakan untuk membuat cantuman mock-up reka bentuk fesyen Jahitan tangan Jahitan mesin ii. Kaedah Sulaman Digunakan untuk tujuan hiasan bagi menyerlahkan lagi keindahan dan estetika pada reka bentuk fesyen. Pelbagai jenis sulaman boleh dibuat seperti sulaman manik,...

Nota Ringkas Reka Bentuk Fesyen

Image
Assalamualaikum A-Juiners! Hari ni Maya nak share knowledge tentang Reka Bentuk Fesyen. Jadi, saya percaya ada yang dah periksa ada yang belum. Macam saya, saya akan periksa naik sekolah nanti.  So, LET'S GET STARTED! Definisi Reka Bentuk Fesyen Definisi Reka Bentuk:  -  Proses menterjemah idea dan kreativiti bagi menghasilkan sesuatu produk Definisi Fesyen: - Gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan menjadi popular satu-satu masa. - Juga merujuk kepada apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perkembangan trend semasa dan terdahulu dalam bidang reka bentuk pakaian, aksesori dan kelengkapan rumah tangga. - Mencerminkan budaya dan simbolik kepada inovasi dalam sesuatu masyarakat. Definisi Reka Bentuk Fesyen: - Proses atau bidang seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian atau aksesori. - Melibatkan proses pengulangan, peniruan dan inovasi bagi menghasilkan reka bentuk fesyen yang baharu. - Dipengaruhi oleh oleh budaya dan sosial. - ...